Tuesday, June 10, 2008

Sekitar majlis perpisahan Wany & Dayang..

Majlis perpisahan untuk Bismi Nurhazwany dan Dayang Nadzirah ini telah diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang pada hari Isnin, 9hb Jun 2008, bermula dari pukul 2000hrs hingga 2300hrs.. Walaupun jumlah kehadiran tidak menepati sasaran 30 orang, namun majlis ini tetap berjalan lancar.. Mungkin kurang meriah sedikit dirasakan tetapi setidak-tidaknya ada jugalah sesuatu yang dapat disumbangkan untuk Wany & Dayang sebagai mengenang atau mengiktiraf kehadiran mereka di Titan Petchem. Wany & Dayang merupakan pioneer pertama bagi kaum wanita dalam jawatan Operation Technician di Titan. Banyak jugalah kenangan yang ditinggalkan bersama mereka sepanjang berada dalam Team D ini.. Kehilangan mereka amat dirasai.. {Info: Wany berhenti kerana ingin melanjutkan pengajiannya di UMP manakala Dayang pula masih bersama Titan tetapi bertukar tempat kerja ke PTC Lab, Tanjung Langsat}.. Apapun, penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua dalam menempuh bidang baru.. Buat Wany, kuatkan iman & semangat.. sebagaimana semangat anda memanjat & pernah berada di atas T470 dahulu. Belajar rajin2 ok?.. Jangan main2.. Buat Dayang pun sama jugak.. Tapi Dayang x penah pulak sampai kat atas T470 tu.. Pandai2 la bawa diri.. Ingat x pesan wjoul masa farewell tu? Walau sejauh mana pun.. tinggi mana pun.. namun jangan la lupa asal-usul kita.. (sure aku kena kutuk ngan member2 lepas baca ayat aku nih!!).. Janganlah salah sangka... pesanan tu pun aku tujukan pada diri sendiri jugak.. Sekian.



No comments: