Wednesday, August 20, 2008

muhammad hafizan 1 bulan lebih




slm.. diam x diam aje umur anak aku ni dah sebulan lebih.. sekejap aje masa berlalu. masa ni badan dia dah tegap skit. menyusu pun kuat. x cukup susu badan.. kena bantu susu tepung juga. kalau x, dia akan menangis kuat2. aku kasi dia susu tepung jenama enfalac A+.. so far ok r.. xder alahan. k, lah.. nak citer ckit pasal nama dia nie.. knapa aku beri nama dia muhammad hafizan :) aku amik masa selama 1 minggu memikirkan utk beri nama anak ini. malam jumaat berikutnya iaitu 11hb 7 '08, timbullah ilham dlm pemikiran aku utk memberi nama padanya muhammad hafizan. di siang hari jumaat tu pulak, tali pusatnya tanggal. muhammad ni maksudnya yg terpuji. kalau ikut prosedur baru jabatan pendaftaran & jabatan agama pun.. skrng nie dah x leh eja muhammad tu mohd / muhd.. kalau nak bubuh nama mcm tu kenalah dgn ejaan penuh. yg lepas2 tu dimaafkan. huruf rumi dlm panggilan nama mmg x setepat huruf arab. hafizan tu pula berasal dari kata dasarnya hafiz iaitu yg memelihara. hafizan juga adalah beberapa nama gabungan antara nama aku, nama umienya, nama atuknya, nama neneknya dan juga belah2 pak saudara& mak saudaranya. nama kakaknya pun ada sikit2. mudah2an dipanjangkan umur, dimurahkan rezekinya serta menjadi al-hafiz kpd semua perkara2 baik, amin. dulu masa awal usianya, aku cukup bimbang kkalau dia kena jaundis yg teruk. aku dah rasa jaga anak nombor 2 aku dulu nurul jannah. kat 2 minggu jannah & umienya duk wad. kena amik sample darah hari2. alhamdulillah lah.. hafizan nie kena gak jaundis tp x teruk. sekejap aja. myb sbb dia kuat menyusu. foto nie di amik pada 16hb 8 '08. tarikh nie jugak adalah birthday nurul jannah yg ke 4 tahun.

sekitar majlis farewell jmd & dino






slm sejahtera.. dlm ruangan nie, aku uploadkan antara foto2 yg di amik masa farewell jais & dino pada 12hb 8 2008. farewell tersebut telah diadakan di lokasi kolam air jb berhampiran ngan stesen rtm. dekat jugak r ngan area umah mat shah & maik.
berbeza skit ngan majlis2 farewell sebelum ni di mana ia dilangsungkan pada sebelah siang dan xde nak main karaoke. bayarannya pun x r mahal cuma rm15 & hidangannya pulak cukup memuaskan. ramai yg attend termasuk kkawan dari department lab.
last skali tu sessi bergambar beramai2 telah dilangsungkan. 11 kali imbas, jais & dino terutama skali jais umpama superstar la pulak dikerumuni ramai wartawan2 yg nak buat liputan. lensa kamera digital ngan lensa handphone berkamera dipetik berkali2. ucapan turut diberi oleh kedua2 tokoh ini & juga oleh rakan2.
jais turut menerima sebuah plak istimewa sumbangan dari kawan2 dan diserahkan oleh wjoule.
aku pulak kena sound ngan kkawan sbb x byk amik gambar. ye r, ramai yg bawak kamera.. donate lah sorang sikit pic tu.. dpt r byk pic.. he he..
kpd kkawan yg mengenali jmd marilah kita doakan semoga beliau sihat & selamat berada / bekerja di bumi arab. demikian jugalah kita turut doakan rakan2 yg lain disana.
selamat maju jaya JMD..

shahrol berpindah ke pahang..





slm.. ni lah antara foto2 yg sempat aku rakam di hari shahrol tgh nak berpindah ke pahang. aku dh lupa hari & tarikhnya bila.. ni lah akibatnya xnak update blog.. hu hu..
bbarang ni semua termasuk bekas motor aku yamaha lagenda ada dlm lori nie.. satu trip je.
cek amat pun ada skali sebagai penyeri.. ha ha. sekian.

sekitar majlis farewell shahrol





slm hormat.. foto yg diupload nie didedikasikan buat saudara shahrol pada hari farewell beliau pada 27hb 7 '08. majlis nie telah diadakan di hotel selesa pasir gudang jam 9 mlm. dlm rrmai tu.. cek meor pun ada. sampai lah skrng cek meor bengang ngan aku sbb x ajak dia sekali masa farewell wany & dayang dahulu. sori r cek meor.. diorang r cek.. diorang kata kalau cek meor ada x best! ada ker? sapa kena? aku jugak.. he he..
shahrol nie dulu adalah assisten kanan cek amat yg amatlah terkenal itu.. job furnace. bila shahrol dh xde.. tinggallah cek amat kembali solo di kerusi panasnya itu. sabar je la cek amat.. shahrol jugak yg untung. nyauh! nyauh! nyauh! shahrol je yg tahu apa maknanya sebutan nyauh tu.
k lah shahrol.. selamat bekerja di tempat baru.. mtbe petronas. dekat dh ngan hometown. ada cuti panjang, meh r turun jb.. sekian.

muhammad hafizan bin mohd haniffa




slm.. aku nak share ngan korang semua foto anak lelaki aku yg aku amik pada hari sabtu 5hb julai 2008. penantian selama 9 bulan ini akhirnya alhamdulillah, aku bersyukur sbb aku & org umah aku dapat juga menimang cahayamata baby lelaki. pasti juga kedua2 kakaknya faridah hanim & nurul jannah rasa hepy sbb diorang dpt adik lelaki.
biarlah aku cerita sedikit..
hari jumaat 4hb 7 2008, org umah aku dh mula menunjukkan tanda2 nak bersalin diwaktu aku ingin bersiap2 utk pergi sembahyang jumaat. habis basah kain yg dipakainya. aku pun dah seperti serba salah. mahu x mahu, aku menyuruh org umah aku bersiap utk ke hospital. sebelumnya, kami dah sepakat memilih tempat bersalin nanti di hospital sultanah aminah. aku segera menyiapkan segala barang keperluan & pakaian utk baby. kedua2 anak p'puan aku pun segera berkemas. kakaknya yg sulung x jadi pergi ke sekolah.
dlm sibuk2 nie, org umah aku masih sempat tapawkan sikit makanan utk dibawa bersama. jiran bersebelahan turut diberitahu. mujurlah dlm perjalanan nak ke hospital waktu itu highway pasir gudang x sibuk. aku cukup risau kalau dibuatnya jalan jem. mau terbersalin pulak org umah aku dlm keta. alhamdulillah lah, selamat sampai kat HSA tanpa sebarang kerumitan.
kat HSA nie, aku kena daftarkan org umah aku. pastu aku & anak2 tunggukan dia hinggalah dia ditransfer masuk wad tingkat 3, katil no. 15 .. sakit perut nya masa nie setiap selang 10 minit. dah menjelang petang, aku & anak2 balik dulu ke rumah. org umah aku pun x berapa takut tinggal sorang sbb ada ramai member yg senasib mcm dia jugak.. nak bersalin. sebelah malamnya tu dlm pukul 9 mlm.. keluarga mertua aku sampai dari kampung. so, aku pun x risau sbb anak2 ada org yg tolong jagakan. mlm tu kul 1130 hrs, aku keluar sorang pergi ke HSA. aku ada beli sikit makan2 , air zam-zam dan air milo. bila aku sampai ke katil wad, org yg ada kat situ cakap yg org umah aku dah dibawa oleh nurse ke labour room.
kul 0100 hrs hari sabtu 5hb 7, aku masuk dlm bilik labour room tu menemani org umah aku atas kebenaran staf & doktor bertugas.. kalau dah masuk bilik nie, mmg sah r.. mmg dah kena teman wife aku hingga selamat bersalin. takut x takut belakang kira r.. sebelum nie pun, aku dh penah temankan dia dlm labour room masa bersalin faridah hanim dulu. nurse & doktor yg bertugas waktu tu mmg baik2 belaka. pukul 0137hrs, org umah aku selamat melahirkan bayi lelaki. alhamdulillah r.. senang salin. proses teran pun x lama. masa bayi aku ni nak dibawa ke bilik utk dicucikan, nurse serahkan kat aku utk diazankan. berat bayi aku ni 3.1 kg.. panjang 51 cm & ukur lilit kepala 33 cm.
mmg aku x tdo r satu hari tu. org umah pulak kena tahan dlm labour room hingga 8 pagi sbb doktor ckp tekanan darahnya naik. bila doktor check dah ok, org umah aku pun dibenarkan balik masuk wad hinggalah dibenarkan pulang ngan baby pada sebelah petangnya. petang tu kul berapa ek aku x ingat.. kak ros & family & dayang ada dtg jengok wife n baby aku kat HSA ni. trime kasih r kalian dtg melawat. x lupe jugak r pada insan di luar sana yg mendoakan keselamatan & kemudahan di waktu aku dan keluarga mengharungi saat2 seperti ini.. trime-kasih.. mudah2an Allah s.w.t akan membalas budi baik mu di suatu masa nanti.
tu je lah aku nak cerita.. sekian.

cobra test at singapore shell house




slm.. aku secara rasminya nak minta maaf bbanyak r sbb dah lama x update blog aku nie. bukan apa, komputer compaq aku yg dah serba usang nie cukup slow. nak upgrade or tukar baru lom ada modal lagi.. sampai rasa malas aku nak update. skrng nie aku tgh nak ingat balik peristiwa lepas.. tapi ada pepatah kata "barang yg lepas jgn dikenang". pulak.. :) k, lah.. gambar2 kat atas nie masa aku & samadi pergi interview kat shell house singapore pada hari jumaat 13hb jun 2008. sebenarnya, byk r cabaran yg mesti ditempuhi utk ke sana tu. maklumlah, kami berdua ni mmg x penah langsung pergi ke s'pore. tempat rujukan kami utk ke sana adalah melalui internet & tanya kat kak ros. kak ros r pioneer bagi bdk2 titan ke shell s'pore. cabaran tu cthnya kena r bikin passport dulu. modal tu rm300. lagi, kena convert duit m'sia ke duit s'pore utk wat tmbang tksi & blanja mkn minum. diringkaskan citer.. pagi2 buta lagi aku dh gerak ke rumah cek samad bwk motor kul 4.30 pagi. smpai sana aku ngan samad naik tksi sebelah umah dia je kul 5 pagi & terus je ke bandar jb. pepagi buta ni dh ramai dh org ngan urusan masing2. jln pun dh start sibuk menghala ke woodlands. aku & samad jln kaki je rentas tambak johor ke bangunan imegresen kat woodlands tu. peh, puas hati tul jln kaki. kalau nak tau, jln kaki lebih cepat sampai berbanding kalau naik bas or teksi. mmg sibuk r. lagipun ramai org yg jln kaki utk ke sana. lepas dah cop passport tu, ktorng pun terus cari teksi kat sebelah bawah bangunan imegresen tu. nak naik teksi pun memilih juga. ktorng x pilih teksi yg standard2 sbb caj nya mahal. so, kita naik r teksi toyota lama. tambangnya pun ok r.. dlm sd17 kalau x silap.. utk 2 org.. kul 8.15 pagi dh pun smpai ke bangunan shell house tu. nak tunggu kul 9 pg waktu interview terasa masih lama lagi. kita pun lepak2 dulu smbil order air kopi o di kedai minum bersebelahan. pukul 9 pg aje, ktorng pun masuk r ke ruang menyambut tetamu shell house tu. kena amik gmbar utk tujuan pass pengenalan. ringkasnya kul 9.40 pg, kami dh dibawa masuk ke dlm bilik utk cobra test. segala ilustrasi ada dipaparkan didlm laptop & mendengar arahan melalui earphone yg disediakan. cobra test nie memakan masa selama 5 jam x termasuk waktu rehat. pada waktu ni lah juga kami turut dipanggil utk temuduga di ruang bilik yg lain. nak cari makanan halal mmg problem skit. xde kedai makan halal di tempat yg berhampiran. aku ngan samad terpaksa merayau pegi ke 7 eleven utk beli roti & air kotak coklat berlogo halal. bila dh habis sessi cobra test & interview ni, setiap orang dari kami dapat sd50 dari shell. petangnya tu, ktorng pun nak blk ke jb. naik bas dari shell house then turun kat somerset station. dari sini ktorng naik mrt terus ke marsiling. turun kat sini then jalan kaki menghala ke bangunan imegresen. jauh tul jalan kaki. err, tentu korang tertanya2 malahan terpinga2 naper lak nak ssusah jalan kaki? naper x naik bas or teksi? kalau korang nak tahu, mmg xder gunanya tyme tu nak naik benda alah tu semua sbb jalanraya jem giler. semmgnyer jalan kaki adalah alternatif yg terbaik. ramai org s'pore yg jln kaki menyusuri lorong pejalan kaki ditepi jalanraya tu.. k, smbung balik citer tadi.. lepas cop keluar passport, kami jalan kaki lagi rentas tambak johor balik je jb. smpai jb jer, kami tukar terus duit sd50 yg shell kasi td kat pengurup wang.. dpt la rm 115 kalu x silap. ngeteh r dulu kat kedai mamak jb ni. kul 9 mlm charter tksi blk ke pasir gudang. tu je lah citer yg nak aku kongsikan bersama.. bukan nye best pun citer ni.. setidak2nya peristiwa ini memberi satu kenangan dlm hidup aku. sekian..