Wednesday, August 20, 2008

muhammad hafizan bin mohd haniffa




slm.. aku nak share ngan korang semua foto anak lelaki aku yg aku amik pada hari sabtu 5hb julai 2008. penantian selama 9 bulan ini akhirnya alhamdulillah, aku bersyukur sbb aku & org umah aku dapat juga menimang cahayamata baby lelaki. pasti juga kedua2 kakaknya faridah hanim & nurul jannah rasa hepy sbb diorang dpt adik lelaki.
biarlah aku cerita sedikit..
hari jumaat 4hb 7 2008, org umah aku dh mula menunjukkan tanda2 nak bersalin diwaktu aku ingin bersiap2 utk pergi sembahyang jumaat. habis basah kain yg dipakainya. aku pun dah seperti serba salah. mahu x mahu, aku menyuruh org umah aku bersiap utk ke hospital. sebelumnya, kami dah sepakat memilih tempat bersalin nanti di hospital sultanah aminah. aku segera menyiapkan segala barang keperluan & pakaian utk baby. kedua2 anak p'puan aku pun segera berkemas. kakaknya yg sulung x jadi pergi ke sekolah.
dlm sibuk2 nie, org umah aku masih sempat tapawkan sikit makanan utk dibawa bersama. jiran bersebelahan turut diberitahu. mujurlah dlm perjalanan nak ke hospital waktu itu highway pasir gudang x sibuk. aku cukup risau kalau dibuatnya jalan jem. mau terbersalin pulak org umah aku dlm keta. alhamdulillah lah, selamat sampai kat HSA tanpa sebarang kerumitan.
kat HSA nie, aku kena daftarkan org umah aku. pastu aku & anak2 tunggukan dia hinggalah dia ditransfer masuk wad tingkat 3, katil no. 15 .. sakit perut nya masa nie setiap selang 10 minit. dah menjelang petang, aku & anak2 balik dulu ke rumah. org umah aku pun x berapa takut tinggal sorang sbb ada ramai member yg senasib mcm dia jugak.. nak bersalin. sebelah malamnya tu dlm pukul 9 mlm.. keluarga mertua aku sampai dari kampung. so, aku pun x risau sbb anak2 ada org yg tolong jagakan. mlm tu kul 1130 hrs, aku keluar sorang pergi ke HSA. aku ada beli sikit makan2 , air zam-zam dan air milo. bila aku sampai ke katil wad, org yg ada kat situ cakap yg org umah aku dah dibawa oleh nurse ke labour room.
kul 0100 hrs hari sabtu 5hb 7, aku masuk dlm bilik labour room tu menemani org umah aku atas kebenaran staf & doktor bertugas.. kalau dah masuk bilik nie, mmg sah r.. mmg dah kena teman wife aku hingga selamat bersalin. takut x takut belakang kira r.. sebelum nie pun, aku dh penah temankan dia dlm labour room masa bersalin faridah hanim dulu. nurse & doktor yg bertugas waktu tu mmg baik2 belaka. pukul 0137hrs, org umah aku selamat melahirkan bayi lelaki. alhamdulillah r.. senang salin. proses teran pun x lama. masa bayi aku ni nak dibawa ke bilik utk dicucikan, nurse serahkan kat aku utk diazankan. berat bayi aku ni 3.1 kg.. panjang 51 cm & ukur lilit kepala 33 cm.
mmg aku x tdo r satu hari tu. org umah pulak kena tahan dlm labour room hingga 8 pagi sbb doktor ckp tekanan darahnya naik. bila doktor check dah ok, org umah aku pun dibenarkan balik masuk wad hinggalah dibenarkan pulang ngan baby pada sebelah petangnya. petang tu kul berapa ek aku x ingat.. kak ros & family & dayang ada dtg jengok wife n baby aku kat HSA ni. trime kasih r kalian dtg melawat. x lupe jugak r pada insan di luar sana yg mendoakan keselamatan & kemudahan di waktu aku dan keluarga mengharungi saat2 seperti ini.. trime-kasih.. mudah2an Allah s.w.t akan membalas budi baik mu di suatu masa nanti.
tu je lah aku nak cerita.. sekian.

No comments: