Showing posts with label GT128. Show all posts
Showing posts with label GT128. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

GT128 Aku..







Salam.. Sebagaimana yg telah aku janjikan pada post aku yang lalu.. Aku paparkan kini gambar aku ngan GT128. Kapcai 130cc ini aku beli pada penghujung bulan Julai. Ianya masih dalam proses "running-in" buat masa ni.
Secara peribadi, aku rasa motor ni ok laa.. berbaloi utk dimiliki. Cuma pada mulanya, motor ni ada mengalami masalah vibration pada hendal sampaikan jari aku rasa kebas. X tahulah pasal apa. Check rim & tayar dia x ada apa2 pulak. Tapi bila dah masuk 2 bulan ni, aku rasa masalah vibrate tu dah beransur kurang. Maybe enjinnya masih baru kot! ketat sikit.
Hmmm.. Sapa nak join aku konvoi ngan motosikal lepas ni? ;)



Monday, August 31, 2009

Modenas GT128 Review



Salam..

Rupa2nya dah lama gak aku x update blog.. kalau diikutkan, ada byk benda nak aku bercerita.. Tapi x pe lah.. Aku akan update bahan cerita itu sedikit hari lagi ikut kesesuaian & ingatan.. hu hu.. Itu pun bila lepas kena tegur ngan de factor leader aku pasal dah lama sgt x update blog. Malas sebenarnya..

Kali nie aku nak cerita skit pasal motor.. Motor yg aku nak cerita nie hanyalah sebuah model kapcai yg kecil aje tapi berbisa.. (ha ha ha.. ayat provoc aje nih.. saja nak bakar kak ros & rashid!)

Berikut, aku senaraikan dahulu serba sikit spesifikasi motor Modenas GT128 ini.. Di lain masa, aku akan huraikan yg selebihnya... Layannn..

DIMENSI
Panjang keseluruhan – 1950 mm
Lebar keseluruhan – 680 mm
Tinggi keseluruhan – 1060 mm
Jarak roda – 1245 mm
Ruang kelegaan bumi – 120 mm
Ketinggian tempat duduk – 750 mm
Berat kering – 102 kg
Kapasiti tangki minyak – 4.3 liter
Penggunaan bahan api – 64.4km/liter @ 80km/j
ENJIN
Jenis – 4 lejang, SOHC satu silinder
Gerek x Lejang – 53.0 x 59.1 mm
Sesaran – 130 cc
Nisbah mampatan – 10 : 1
Kuasa Kuda Maksimum – 7.18 Kw @ 7500 rpm
Tork maksimum – 10.7 N.m / 5500 rpm
Karburator – Keihin NCV24
Sistem nyalaan – DC – CDI
Sistem penghidupan – Penghidup tendang dan lektrik
Sistem sejukan – Udara
Kapasiti minyak enjin – 1.1 liter
CASIS
Jenis – Paip – tulang belakang
Saiz tayar hadapan – 70/90 – 17 38p
Saiz tayar belakang – 80/80 – 17 44p
Suspensi hadapan – Cabang teleskopik
Suspensi belakang – Penyerap hentak dwitindakan
Brek hadapan – Cakera tunggal 234mm
Brek belakang – Cakera tunggal 192m
TRANSMISI
Jenis – 4 kelajuan sistem gear berputar
Jenis klac – Automatik multi cakeri (basah)
Nisbah pengurangan premier – 3.000 (69/23)
Nisbah pengurangan akhir – 2.800 (42/15)
Sistem pacuan – Pemacu rantai
SISTEM ELEKTRIKAL
Bateri – 12v 3.5 Ah (Sel kering)